fbpx

FashionValet: SPRM buka kertas siasatan, jamin siasat secara adil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuka kertas siasatan berhubung kerugian pelaburan oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) membabitkan satu perniagaan fesyen dalam talian tempatan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya memberi jaminan bahawa siasatan menyeluruh berhubung perkara berkenaan akan dijalankan secara adil dan profesional.

“Siasatan ini penting kerana ia melibatkan penggunaan dana awam dan menjadi isu berkepentingan awam.

“Orang ramai diminta memberi ruang untuk siasatan dilakukan serta mengelakkan spekulasi dan ‘perbicaraan awam’ terhadap pihak yang terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam jawapan bertulis di Parlimen minggu lalu, Kementerian Kewangan berkata Khazanah dan PNB menjual saham mereka dalam platform e-dagang fesyen FashionValet pada harga RM3.1 juta kepada NXBT Partners pada tahun 2023.

Ini berbeza dengan pelaburan RM47 juta yang dibuat oleh Khazanah dan PNB pada tahun 2018, terdiri daripada RM27 juta dan RM20 juta masing-masing untuk pegangan minoriti dalam FashionValet.

Pada Khamis, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengarahkan kedua-dua syarikat pelaburan berkaitan kerajaan itu dan FashionValet untuk menjelaskan kerugian sebanyak RM43.9 juta itu.
Ketiga-tiga pihak telah mengeluarkan kenyataan.

Khazanah berkata penjualan pegangan sahamnya dalam FashionValet adalah untuk memindahkan pemilikan kepada pihak baharu yang berkemampuan untuk mengemudi syarikat ke arah pertumbuhan.

Sementara itu, PNB menyatakan pelaburan itu menggunakan dana proprietari dan bukan dana amanah di bawah Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang dilanggan oleh orang awam.

Pada Jumaat, pasangan usahawan Datin Vivy Yusof dan suami, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar turut memohon maaf dan melepaskan jawatan mereka dalam platform e-dagang, FashionValet.

Pengasas bersama FashionValet itu berkata, mereka bertanggungjawab sepenuhnya atas kegagalan pelaburan oleh Khazanah dan PNB. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI