fbpx

Dulu ‘tidak berharga’, kini karya ke Istana Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lukisan potret Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah di atas sehelai kain songket.

PETALING JAYA – Biarpun tidak mempunyai latar belakang dalam bidang seni lukis, seorang anak tempatan terharu apabila karyanya mendapat perhatian Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

Dalam hantaran di Instagram, Wisyilukis berkata, lukisan potret itu dihasilkan di atas samping songket tradisional sebagai simbol penghormatan kepada Seri Paduka Baginda berdua.

Katanya, dia mengambil masa kira-kira tiga minggu untuk menghasilkan lukisan tersebut.

“Saya tidak menyangka bakat melukis yang dahulunya saya anggap tidak berharga kini diberi penghargaan sebesar ini,” katanya.

Dalam hantaran sama, pelukis itu memuat naik foto potret yang dipersembahkan ke Istana Negara sempena Istiadat Pengurniaan Darjah Kepahlawanan Pasukan Polis dan Pingat Keberanian (DKPP) Tahun 2024.

Menurut pelukis itu, sewaktu di bangku sekolah, bakat melukis yang dimilikinya sering dianggap sebagai kekurangan berbanding rakan-rakan yang lain.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji karya kreatif itu, dan ramai yang kagum dengan bakat pelukis muda ini.

“Cantik sangat lukisan awak. Saya pun kagum, adik,” kata Bettycomel2.

“Memang berbakat. Rasanya belum ada yang buat lukisan seperti ini. Terbang tinggi, adik!” ujar Azian Zakaria.

“Lukisan awak memang terbaik. Semoga dimurahkan rezeki dan berjaya dalam hidup,” tambah Aireen72. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI