KALAU tidak lucu, bukan Rozita Che Wan namanya.
Rozita atau Che Ta sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila muncul ‘berjogging’ dengan hanya memakai kaftan baharu keluarannya.
Gelagatnya itu membuatkan ramai tidak kering gusi dan terhibur kerana Che Ta sering tampil dengan idea di luar kotak.
Bukan sahaja memakai kaftan, Che Ta juga hanya berkaki ayam tanpa mengenakan kasut ketika bersenam.
Rata-rata netizen yang terhibur melihat video tersebut berkata Che Ta tetap akan melaram walaupun hanya pergi bersenam.
“Mampuih, lari pun fesyen meletup! Tak boleh bayangkan kalau Che Ta sertai larian maraton.
“Che Ta pergi bersenam pun slay!
“Bukan setakat kaftan, kalau Che Ta lari pakai gaun kembang pun tetap ons. Hanya dia sahaja yang mampu buat begitu,” seloroh netizen.