fbpx

Anwar arah Khazanah lakukan audit dalaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan Khazanah Nasional Berhad untuk melakukan audit dalaman bagi menyiasat isu kerugian pelaburan berjumlan RM43.9 juta baru-baru ini.

Anwar menerusi ciapan di laman X rasminya berkata, arahan tersebut sebagai susulan pengumuman beliau mengarahkan Jabatan Audit Negara (JAN) melakukan pengauditan terhadap 2,000 syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Selaku Pengerusi, saya telah mengarahkan Khazanah Nasional Berhad untuk melakukan audit dalaman bagi menyiasat permasalahan terkait kerugian pelaburan bernilai RM43.9 juta baru-baru ini.

“Arahan tegas ini adalah sebagai memaknai pengumuman saya sebelum ini yang mengarahkan Jabatan Audit Negara (JAN) melakukan pengauditan terhadap 2,000 syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi mewujudkan sistem tadbir urus yang lebih baik.

“Selain memastikan semua syarikat berkenaan memenuhi tuntutan tanggungjawab dan fungsi masing-masing,” tulisnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI