fbpx

1.35 juta rakyat Malaysia dapat manfaat skim mySalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syuhaib (tengah) dan Radhi (dua kanan) ketika gimik perasmian Karnival Kita Peduli mySalam di Bukit Raja, Klang, hari ini.

KLANG- Seramai 1.35 juta rakyat Malaysia telah mendapat manfaat daripada skim perlindungan kesihatan, mySalam sejak diperkenalkan pada tahun 2019.

Ketua Skim Perlindungan mySalam, Syuhaib Ithnin berkata, ini melibatkan pembayaran tuntutan lebih RM1.05 bilion dengan berharap lebih ramai golongan B40 membuat tuntutan melalui skim tersebut dan memeriksa kelayakan menerusi laman sesawang rasmi mySalam.

“Sekiranya layak, individu berkenaan boleh membuat tuntutan di kaunter mySalam di 143 buah hospital kerajaan terpilih di seluruh negara.

“Kita menyasarkan seramai 1.5 juta rakyat negara ini akan mendapat perlindungan daripada mySalam menjelang tahun hadapan,” katanya pada Karnival Kita Peduli mySalam di sini, hari ini.

Beliau menjelaskan, antara faedah melalui skim tersebut adalah bayaran RM50 sebagai pendapatan gantian sekiranya mereka ditahan di wad hospital kerajaan selama 14 hari.

Syuhaib menambah, bayaran one off sebanyak RM8, 000 sekiranya disahkan menghidap salah satu daripada 45 penyakit kritikal seperti kanser, penyakit berkaitan jantung dan berkaitan hati. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI