fbpx

[VIDEO] ‘Teringin nak rasa suasana berjoging’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik di TikTok.

PETALING JAYA – Nilai persahabatan tiga rakan baik terbukti apabila sanggup membawa seorang lagi kawan mereka pergi berjoging biarpun dalam keadaan berkerusi roda.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok oleh pengguna Marvelshinbe, kelihatan tiga sahabat tersebut menolak kerusi roda rakan mereka yang ingin merasai suasana berjoging.

“Teringin nak merasai suasana berjoging,” kata rakannya yang berkerusi roda.

Ramai yang memuji usaha mereka dalam memastikan rakan mereka tidak berasa tersisih walaupun mempunyai kekangan pergerakan.

“Terima kasih, adik-adik semua. Bahagianya kita apabila sahabat kita gembira,” kata pengguna bernama Minnlatif Minnhml.

“Saya faham perasaan tidak dapat berjoging tetapi tetap ingin merasai suasana berjoging itu. Saya pun dalam keadaan sama, tiada kaki kanan kerana dilanggar lari. Persahabatan saya semasa sekolah menengah dahulu pun begini,” tambah Tinkosong.

“Tersentuh hati saya melihat apa yang kalian lakukan untuk dia. Semoga persahabatan kalian kekal hingga ke akhir hayat,” kata Bunny pula. -KOSMO! ONLINE

@marvelshinbe Selagi kami ada, kau santai je sobat. #sahabat #member #rezeki #fyp #running @F’s 🦖 @Nazz🐯 @haziqzuzuzu ✈︎ ·˚ @hzrq zuzu. ♬ Камин – DR3AM7NG

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI