fbpx

Sudah ada kelab minat ikat Ten Hag

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEN HAG dianggap calon terbaik mengemudi Dortmund sekiranya kelab itu membuat keputusan memecat Sahin. - AFP

AMSTERDAM – Bekas pengurus Manchester United, Erik Ten Hag mungkin tidak akan bergelar ‘penganggur’ untuk tempoh yang lama apabila khidmatnya dikatakan mula diintai beberapa kelab gergasi Eropah.

Antara pasukan dilaporkan berminat mendapatkan khidmatnya adalah kelab Bundesliga, Borussia Dortmund yang mula hilang sabar dengan jurulatih, Nuri Sahin akibat aksi hambar ditampilkan pasukan tersebut.

Difahamkan, Dortmund menganggap Ten Hag memiliki corak permainan yang sesuai dengan pemain-pemain pasukan itu, sekali gus meletakkan kedudukan Sahin dalam keadaan cukup bahaya pada ketika ini.

Sekiranya spekulasi itu benar, Ten Hag mungkin tidak ‘menganggur’ terlalu lama apabila Dortmund mungkin membawa beliau masuk ke Signal Iduna Park sebelum saingan musim ini melabuhkan tirainya.

Terdahulu, pengendali dari Belanda itu dipecat United selepas tewas 1-2 kepada West Ham United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), sekali gus menyaksikan The Red Devils menghuni tangga ke-14.

Ada juga spekulasi mendakwa sebahagian besar pemain-pemain United tidak gembira dengan corak pengurusan Ten Hag sehingga memaksa mereka untuk sengaja menampilkan aksi hambar supaya beliau dipecat.

Sekiranya Ten Hag dilantik sebagai jurulatih Dortmund, beliau boleh dianggap ‘naik pangkat’ memandangkan kelab Bundesliga itu beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL) berbanding United di Liga Europa. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI