fbpx

‘Saya tidak boleh menjanda terlalu lama’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ina Naim

PETALING JAYA – Balu kepada penyanyi, Allahyarham Suhaimi Saad, Ina Naim membuat keputusan untuk melangkah ke alam perkahwinan semula pada 8 November ini demi kebaikan anak-anaknya.

Dalam satu siaran langsung di TikTok, Ina menyatakan bahawa kehadiran bakal suaminya yang tidak dikenali diharapkan dapat menyokong usaha mendidik dan membimbing anak-anaknya yang kini sedang meningkat remaja.

Dia menjelaskan bahawa anak-anaknya telah mula belajar dengan bakal bapa mereka dan sering berhubung melalui telefon untuk mendapatkan bimbingan.

“Alhamdulillah, walaupun mereka tidak ke sekolah, mereka tetap belajar. Saya tidak dapat menjanda terlalu lama kerana menguruskan anak-anak yang sedang membesar adalah satu cabaran,” ujarnya.

Dia juga menekankan bahawa dia memerlukan seseorang untuk meneruskan pendidikan anak-anak setelah pemergian Suhaimi.

Mengenai majlis pernikahan yang akan datang, Ina memberitahu ia akan diadakan secara sederhana dengan hanya mengundang keluarga dan rakan-rakan terdekat.

“Saya minta maaf kerana tidak dapat menjemput semua orang. Majlis ini hanya untuk nikah dan menjamu makan kepada saudara dan rakan rapat,” tambahnya.

Ina yang berkahwin dengan Suhaimi pada tahun 2007, mempunyai empat orang anak bersama Allahyarham, yang merupakan bekas anggota kumpulan nasyid Inteam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI