fbpx

Rupanya gajah sedang uji ketahanan prototaip pagar ECRL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MRL dengan kerjasama Perhilitan menggunakan khidmat dua ekor gajah untuk menguji ketahanan pagar protaip ERCL.

PETALING JAYA – Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) menjelaskan video tular dua ekor gajah menolak struktur pagar konkrit merupakan sebahagian daripada proses ujian ketahanan prototaip pagar.

MRL dalam satu kenyataan berkata, ujian ketahanan halangan fizikal itu dilakukan dengan kerjasama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di Temerloh, Pahang baru-baru ini.

Katanya, pagar halangan itu dibina di kedua-dua belah landasan bagi mengelak konflik manusia-gajah di lokasi tersebut terutama semasa dan selepas projek tersebut disiapkan.

“Kami ingin memaklumkan video (tular) itu merupakan sebahagian daripada proses ujian ketahanan bagi reka bentuk pagar haiwan liar yang dijalankan di kawasan yang dikenal pasti habitat gajah di Temerloh.

“Jajaran ECRL di Hutan Simpan Kemasul, Temerloh merentasi beberapa ladang pertanian dan kawasan pinggiran Hutan Simpan Kemasul yang menjadi habitat gajah,” katanya hari ini.

Menurut MRL, langkah itu juga diambil sebagai salah satu kawalan mitigasi bagi menghalang kemasukan mamalia tersebut ke kawasan landasan kereta api ECRL yang boleh menyebabkan kemalangan.

Pada masa sama, pihak Perhilitan mengesyorkan agar ‘mock-up’ reka bentuk pagar halangan fizikal dibina di lokasi sebenar bagi menguji ketahanan dan keberkesanan pagar sebelum sebarang keputusan reka bentuk dimuktamadkan.

“Perbincangan susulan atau post-mortem antara pihak ECRL dan Perhilitan juga akan dibuat dalam masa terdekat untuk tindakan selanjutnya,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI