fbpx

Program N4HK PARENPRO tingkat kesedaran pemakanan sihat dalam kalangan kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah satu aktiviti menarik yang melibatkan kanak-kanak menyediakan makanan sihat sempena Program N4HK PARENPRO di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Bersempena tahun ke-14 menyemai amalan pemakanan sihat dalam kalangan murid sekolah Malaysia, program Kanak-Kanak Lebih Sihat Nestlé (N4HK) meluaskan capaiannya menerusi Program Libat Urus Ibubapa (N4HK PARENPRO) yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Kepong Baru buat pertama kali. 

N4HK adalah  program Nestle dengan Kementerian Pendidikan (KPM) dan Persatuan Pemakanan Malaysia (NSM).

Pengurus Pemakanan Korporat Kumpulan Nestle (Malaysia) Berhad (Nestle), Wong Mei Ching berkata, pemakanan kurang baik adalah antara sebab utama yang menimbulkan isu malnutrisi atau gangguan pemakanan dalam kalangan kanak-kanak Malaysia, termasuk terlebih pemakanan, terkurang pemakanan dan kekurangan mikronutrien. 

“Dengan memberikan sokongan dan panduan kepada ibubapa untuk lebih memahami nilai amalan pemakanan sihat, kita boleh membantu mereka melibatkan diri secara lebih aktif untuk membuat pilihan pemakanan sihat bagi keluarga mereka. 

“N4HK PARENPRO bertujuan untuk memperkasakan keluarga dengan ilmu pengetahuan yang berkesan demi menyokong tumbesaran kanak-kanak menerusi pemakanan dan gaya hidup yang lebih sihat,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Lebih 100 ibu bapa dan kanak-kanak menghadiri program N4HK PARENPRO, yang melibatkan pelbagai aktiviti menarik dan peluang menimba pelbagai pengalaman.

Aktiviti menarik lain termasuk aktiviti amali berkumpulan yang memberi tumpuan terhadap topik seperti perancangan pemakanan menggunakan Pinggan Sihat Malaysia dan pendekatan praktikal kepada cabaran umum yang dihadapi oleh ibubapa apabila menyediakan makanan untuk anak-anak. 

Sesi tersebut juga melibatkan demonstrasi memasak oleh chef profesional dari Persatuan Ahli Kulinari Profesional (PCA), yang menyertai acara sempena Hari Chef Antarabangsa yang diraikan setiap tahun pada bulan Oktober. 

Sementara itu, kanak-kanak dapat mempertingkatkan ilmu mereka tentang Piramid Pemakanan Malaysia dan Pinggan Sihat Malaysia menerusi permainan yang interaktif dan menyeronokkan di samping menyerlahkan kreativiti mereka menerusi bengkel amali perhiasan makanan. -KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI