BANGKOK – Kunjungan seorang pelancong Malaysia ke Phuket berubah secara dramatik apabila dia terjatuh dari balkoni sebuah hotel di Patong, lapor portal berita Thaiger hari ini.
Wanita berkenaan menimpa sebuah kereta yang diletakkan di luar hotel tersebut.
Kejadian berlaku awal hari ini dan menyebabkan gelombang kejutan di kawasan pelancongan sibuk itu.
Polis Patong bertindak pantas selepas menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 4.37 pagi (waktu tempatan).
Sejurus tiba, anggota polis dan penyelamat daripada Yayasan Kusoldharm menemui wanita berusia 28 tahun itu terbaring di atas tanah di sebelah kenderaan yang turut rosak akibat dihempap.
Dia didapati mengalami patah tulang.
Beberapa saksi berkata, pelancong itu mabuk di dalam bilik bersama suaminya sebelum kemalangan berlaku.
Dia melangkah keluar ke balkoni itu secara tidak sengaja.
Anggota-anggota penyelamat membawa wanita cedera itu ke Hospital Patong untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Polis Patong menyatakan bahawa kes itu sedang disiasat, demikian menurut portal berita The Phuket News. – AGENSI