fbpx

Pekerja Sri Lanka lolos diri, maut terjun jejantas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki warganegara Sri Lanka maut terjun dari jejantas antara bangunan JB Sentral dan BSI, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warganegara Sri Lanka maut setelah terjun dari jejantas menghubungkan Bangunan JB Sentral dan Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, lelaki itu bertindak demikian apabila cuba meloloskan diri daripada pemeriksaan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM).

Beliau berkata, dalam kejadian pada pukul 4.48 petang itu, mangsa berusia 30-an itu maut di tempat kejadian.

“Lelaki berkenaan dipercayai bekerja sebagai operator kilang telah terjun dari jejantas bagi mengelak pemeriksaan anggota penguat kuasa JIM Negeri Johor.

“Mangsa dipercayai terjatuh ke atas sebuah kereta Perodua Myvi yang sedang melalui kawasan jejantas tersebut,” katanya kepada pemberita hari ini.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk bedah siasat dan tiada sebarang unsur jenayah berlaku dan kes diklasifisasikan sebagai mati mengejut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI