fbpx

MotoGP: SIC harap juara ditentukan di Sepang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTIN (kiri) mampu mengesahkan kejuaraan dunia di Sepang pada Ahad ini jika Bagnaia gagal meraih sebarang mata pada perlumbaan GP Malaysia. - AFP

SELEPAS 15 tahun tanpa sebarang gelaran MotoGP diraikan di Malaysia, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mengharapkan gelaran kelas perdana itu mampu dimuktamadkan pada perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia pada hujung minggu ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif menyatakan harapannya untuk menyaksikan juara dunia MotoGP dinobatkan di litar ikonik Malaysia memandangkan ratusan ribu peminat akan berkampung sepanjang tiga hari perlumbaan tersebut bermula hari ini hingga Ahad.

Sebagai rekod, kali terakhir gelaran kelas utama ditentukan di Malaysia adalah pada tahun 2009 di mana Valentino Rossi meraih gelaran dunia MotoGP ketujuhnya dalam kariernya.

Justeru, dengan perbezaan mata yang semakin kecil antara Jorge Martin (Pramac) dan Francesco Bagnaia (Ducati), Shafriman menjangkakan perebutan gelaran dunia itu pasti mendebarkan bagi semua peminat MotoGP.

“Secara peribadi, saya berharap juara MotoGP ditentukan di Sepang kerana sudah lama kita tidak menyaksikan perkara itu. Jurang mata antara Martin dan Bagnaia kini hanya 17, jadi kita perlu lihat bagaimana prestasi mereka dalam kedua-dua perlumbaan sprint dan utama,” katanya.

Perlumbaan MotoGP kini semakin hampir ke penghujung dan terdapat 37 mata yang tersedia di Sepang apabila 12 mata ditawarkan pada perlumbaan ‘sprint’ hari ini dan 25 mata pada perlumbaan utama Ahad.

Martin berpeluang untuk mengukuhkan kedudukannya, namun dia perlu menambah 21 mata lagi untuk memastikan kemenangan di sini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI