PETALING JAYA – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan Operasi Khas Motosikal Tahun 2024 selama dua bulan bermula hari ini sehingga 31 Disember depan di seluruh negara.
Lapan kesalahan utama akan diberikan perhatian iaitu tiada lesen memandu, tiada lesen kenderaan serta tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans.
Ia turut melibatkan kesalahan melanggar isyarat lalu lintas (lampu merah), ubah suai kenderaan, tidak memakai topi keledar, lumba haram dan lain-lain kesalahan.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli, operasi tersebut melibatkan penunggang dan pemilik motosikal bagi pematuhan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) dan Kaedah-Kaedah di bawahnya.
Pelaksanaan Ops Khas Motosikal dibuat susulan statistik membimbangkan dengan peningkatan kadar kemalangan dan kematian secara bulanan.
Ini selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan jumlah kemalangan melibatkan 1,908 motosikal atau 70 peratus
“Bagi menyasarkan pengurangan jumlah kematian dan kecederaan akibat kemalangan bagi suku ketiga dan kempat, strategi penguatkuasaan secara berfokus ini adalah untuk memantau, mengesan dan mengambil tindakan ke atas penunggang dan pemilik motosikal yang gagal patuh undang-undang jalan raya,” katanya dalam kenyataan. – KOSMO! ONLINE