fbpx

Graduan ‘custom-made’ selempang konvo sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Faris mengenakan selempang yang ditempah untuk dirinya.

PETALING JAYA – Seorang graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengambil inisiatif kreatif untuk menempah sendiri selempang konvokesyen khas sebagai simbol pencapaiannya.

Menerusi sebuah perkongsian oleh Ahmad Faris Iman Alias di TikTok, dia memilih untuk mencipta sendiri selempangnya apabila tidak dianugerah dengan selempang ‘pink’ yang diberikan kepada penerima Anugerah Naib Canselor (ANC) yang menjadi pujaan penuntut UiTM.

Selempang yang dipakai Ahmad Faris ini menampilkan warna ungu gelap dengan hiasan namanya dan lambang fakulti iaitu Fakulti Pengurusan dan Perniagaan.

Tindakan ini bukan sekadar menunjukkan kreativiti Ahmad Faris, tetapi juga semangatnya untuk meraikan pencapaian peribadi meskipun tanpa pengiktirafan formal.

Hantaran ini menerima pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang rata-rata teruja dengan kreativiti graduan itu dan bertanya bagaimana untuk menempah selempang itu.

“Bang boleh buat untuk aku selempang ni? Aku bayar untuk konvo aku nanti. Patah hati sikit sebab tak dapat kelas pertama tapi aku tengok selempang kau buat ni jadi semangat nak konvo. Harap ada rezeki aku,” komen Badrul.

“Nak buat warna pink, biar orang ingat aku dapat selempang pink,” ujar Bubble.

“Saya pun ada custom selempang. Tak sabar nak pra konvo,” kata Hana. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI