fbpx

EPL: Ruben Amorim jadi pilihan Manchester United

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Manchester United telah menebus kontrak Ruben Amorim daripada kelab gergasi Portugal, Sporting Lisbon. - Foto AFP

MANCHESTER – Teka-teki mengenai pengendali baharu Manchester United akhirnya terjawab selepas kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu melantik jurulatih muda dari Portugal, Ruben Amorim secara rasmi.

Namun, Amorim hanya akan diperkenalkan di Old Trafford pada 11 November depan dengan aksi debut pertamanya bersama The Red Devils dijadualkan menentang Ipswich Town pada 24 November.

Situasi itu menyaksikan pengendali interim, Ruud van Nistelrooy akan membimbing pasukan pada tiga perlawanan lagi sebelum Amorim berhijrah secara rasmi.

“Ruben Amorim telah bersetuju dengan kontrak yang ditawarkan pasukan sehingga penghujung musim 2027 dengan tambahan semusim bergantung prestasi.

“Dia adalah salah seorang jurulatih muda yang sedang meningkat naik dan berjaya membantu Sporting menamatkan kemarau 19 tahun kejuaraan Liga Portugal sebelum ini,” kata kenyataan ringkas yang dikeluarkan oleh United.

Amorim yang baru berusia 39 tahun menjadi pilihan No. 1 United untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Erik Ten Hag selepas pengendali kelahiran Belanda itu dipecat Isnin lepas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI