fbpx

Berpantang maut sebelum ajal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat beranak termasuk bayi sembilan bulan selamat selepas kereta dinaiki mereka terbabas masuk ke dalam gaung di KM 43, Jalan Persekutuan, Kuala Krai-Gua Musang dekat Kuala Krai hari ini. FOTO IHSAN BOMBA

KUALA KRAI – Empat beranak termasuk bayi berusia sembilan bulan nyaris maut selepas kereta yang mereka naiki terbabas ke dalam gaung di Kilometer (KM) 43, Jalan Persekutuan, Kuala Krai-Gua Musang di sini awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, pemandu kereta Perodua Myvi, Mohd. Izham Mat Rifin, 32, dan isteri, Siti Zulaikha Che Dolah, 34, bersama dua anak mereka iaitu Marriam Izzara, 3, dan Mardiah, 9 bulan, hanya cedera ringan sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra untuk rawatan lanjut.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Mohd. Khairul Duha Abd. Halim berkata, kejadian berlaku ketika kereta Perodua Myvi dipandu Mohd. Izham dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kok Lanas dekat sini.

Keadaan sebuah kereta dinaiki empat beranak yang terbabas masuk ke dalam gaung di KM 43, Jalan Persekutuan, Kuala Krai-Gua Musang dekat Kuala Krai hari ini. FOTO IHSAN BOMBA

Menurutnya, setibanya di lokasi kejadian, kereta tersebut dipercayai terbabas ke dalam gaung sedalam enam meter.

“Bomba menerima panggilan pada pukul 2.39 pagi sebelum seramai 13 anggota dikejarkan lokasi kejadian. Kereta itu terjatuh ke dalam gaung sedalam enam meter. Empat beranak termasuk bayi selamat,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Mazlan Mamat ketika dihubungi mengesahkan terdapat kemalangan melibatkan sebuah kereta yang terbabas, namun pihaknya masih belum menerima laporan daripada pemandu kereta itu berhubung kemalangan terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI