PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat dan angin kencang di tiga negeri Utara sehingga 12 tengah hari ini.
MetMalaysia memaklumkan, negeri yang terlibat adalah Kedah (Langkawi, Kota Setar, Yan dan Kuala Muda) dan Pulau Pinang.
“Keadaan yang sama dijangka berlaku di Perak di kawasan Kerian, Larut, Matang Dan Selama dan Manjung,” katanya.
Sementara itu, cuaca cerah dan baik diramal meliputi seluruh negara termasuk Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 millimeter sejam (mm/jam)yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran. – KOSMO! ONLINE