fbpx

Budak 11 tahun maut, 8 cedera nahas empat kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan Perodua Aruz yang terlibat dalam kemalangan maut melibatkan empat kenderaan di Jalan Panchur Juin berhampiran Padang Kemunting, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Seorang murid tahun lima Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol maut setelah kenderaan utiliti sukan (SUV), Perodua Aruz dinaiki bersama keluarganya terlibat dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan lain di Jalan Kampung Panchur Kuin berhampiran Padang Kemunting di sini hari ini.

Dalam kemalangan pada pukul 9 pagi itu, mangsa, Syed Iman Thaqif Syed Ahmad Rasullan, 11, meninggal dunia akibat kecederaan parah pada bahagian kepala dan beberapa anggota badan.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Azli Mohd. Noor, berkata, sewaktu kejadian, kenderaan jenis Perodua Aruz dan Honda Jazz dinaiki 12 ahli keluarga mangsa dikatakan dalam perjalanan ke Kota Bahru, Kelantan dari rumah mereka di Kampung Paya Resak, Bukit Payung, Marang.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah kereta Proton Wira dipandu seorang wanita berusia 27 tahun yang dalam perjalanan ke Besut dikatakan tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas memasuki laluan bertentangan lalu merempuh sebuah lori.

“Rempuhan itu menyebabkan lori tersebut turut hilang kawalan lalu terbabas merempuh pula kenderaan Perodua Aruz dinaiki mangsa bersama enam ahli keluarganya yang lain. Lori berkenaan turut merempuh kereta Honda Jazz dinaiki lima sekeluarga,” katanya di sini hari ini.

Azli berkata, impak rempuhan itu menyebabkan Syed Iman Thaqif yang berada di tempat duduk belakang maut manakala enam ahli keluarganya yang lain turut mengalami kecederaan.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI