fbpx

Bestore komited tambah jualan produk halal di outletnya di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cherry (kiri) bersama Wang Ji Pai menunjukkan produk Bestore yang mendapat sijil halal.

KUALA LUMPUR – Bestore, pengeluar snek terkenal dari China, bercadang untuk membuka kira-kira 100 cawangan baharu di negara ini se­i­ring usaha pengembangan operasi syarikat dengan lebih agresif tahun depan.

Buat permulaan, Bestore telah membuka cawangan pertama­nya di sebuah pusat beli-belah popular di Bukit Jalil baru-baru ini dengan menawarkan pelbagai snek, manisan dan minuman pada harga menarik bersesuaian untuk semua peringkat umur.

Pengarah Urusan Bestore International Malaysia Sdn. Bhd. (Bestore Malaysia) , Cherry Chen berkata, melalui cawangan sulungnya di luar negara China itu, ia akan membolehkan syarikat meneroka pasaran halal yang mana standard pensijilan halal di negara ini memiliki piawaian pengawalseliaan yang ketat bukan sahaja dapat menjamin kua­liti produk tetapi juga mengu­kuhkan keyakinan pelanggan.

Menurutnya, bagi memenuhi permintaan yang lebih besar di pasaran Malaysia, syarikat mendapat pensijilan halal negara berkenaan dan kini terdapat le­bih daripada 30 produk telah menerima pensijilan halal yang diiktiraf daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Tambah Cherry, lebih daripada 1,000 produk di outletnya pula adalah mesra muslim dan akan melalui proses permohonan pensijilan halal secara berperingkat.

“Untuk mendapatkan pengiktirafan halal adalah satu perkara besar buat kami tetapi ini adalah platform awal kami untuk me­neroka pasaran halal di negara lain juga di seluruh dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran cawangan sulung Bestore yang telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Bestore Malaysia, Wang Ji Pai di sini baru-baru ini.

Sejak tahun 2018, Bestore di China telah meluaskan rangkaiannya kepada lebih 3,000 cawangan di negara tersebut selain mengeksport lebih daripada 300 jenis snek ke lebih daripada 20 negara, termasuk AS, Kanada, Australia dan Eropah.

Selain itu, Cherry menjelaskan, syarikat melihat pelbagai faktor positif yang mendorong Bestore memilih Malaysia sebagai lokasi pertamanya untuk meluaskan empayar perniagaannya dengan mengambil kira hubungan baik antara kedua buah negara itu dan juga kestabilan politik, ekonomi serta persekitaran perniagaan di negara ini yang mesra pelabur.

“Kami bercadang untuk membuka kira-kira 100 cawangan baharu tahun depan melalui perkongsian kerjasama dengan syarikat tempatan, kami juga akan menambah lebih banyak produk halal untuk memenuhi keperluan pelanggan muslim di negara ini,” jelasnya.

Tambah beliau, syarikat juga mahu lebih aktif memperkenalkan produk snek yang sihat dengan menghasilkan makanan rendah gula dan juga kurang bahan pengawet. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI