fbpx

Anwar sampaikan bantuan, kelengkapan Deepavali kepada Jayalechmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Farhan yang mewakili Anwar ketika menyampaikan bantuan dan kelengkapan kepada suami Jayalechmi sempena perayaan Deepavali. Foto Facebook Anwar.

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan bantuan dan kelengkapan perayaan Deepavali kepada Jayalechmi.

Menerusi hantaran di aplikasi Facebook semalam, Anwar berkata sumbangan berkenaan disampaikan oleh Setiausaha Politiknya Ahmad Farhan Fauzi pada sesi Ziarah Madani.

Anwar berkata, semoga bantuan yang diberikan kepada Jayalechmi dapat meringankan beban yang dihadapinya.

“Puan Jayalechmi bekerja sebagai Pengawal Keselamatan dan suaminya pula bekerja sebagai kelindan lori perlu menyara empat orang anak yang masih bersekolah rendah.

“Moga sumbangan ini meringankan beban kehidupan dan memeriahkan lagi sambutan kehadiran Hari Deepavali pada kali ini,” katanya pada hantaran itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI