fbpx

250 anggota Kor Armor Diraja dipakaikan pangkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majlis Pemakaian Pangkat Perdana Anggota LLP KAD di Padang Kawad Rejimen Ke-11 KAD (11 KAD), Kem Syed Sirajuddin, Gemas, hari ini.

PETALING JAYA – Seramai 250 Anggota Lain-Lain Pangkat (LLP) Kor Armor Diraja (KAD) dipakaikan pangkat secara beramai-ramai pada Majlis Pemakaian Pangkat Perdana Anggota LLP KAD di Padang Kawad Rejimen Ke-11 KAD (11 KAD), Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan.

Sel Perhubungan Raya Markas Tentera Darat dalam kenyataannya berkata, majlis itu disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan diiringi Pengerusi Jemaah Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera Darat, Puan Sri Hartiah Hamzah.

Pemakaian pangkat itu melibatkan lima Pegawai Waran II yang dinaikkan ke Pegawai Waran I, 13 Staf Sarjan ke Pegawai Waren II, 29 Sarjan ke Staf Sarjan, 153 Koperal ke Sarjan dan 50 Lans Koperal ke Koperal.

Majlis Pemakaian Pangkat Perdana Anggota LLP KAD di Padang Kawad Rejimen Ke-11 KAD (11 KAD), Kem Syed Sirajuddin, Gemas, hari ini.

“Keunikan yang dibawakan dalam perbarisan kali ini adalah Ketua Perbarisan dan Sarjan Mejar Rejimen (SMR) menunggang kuda.

“Ini mempamerkan keistemewaan KAD sebagai satu-satunya Kor dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) yang mempunyai Skuadron Istiadat Berkuda (SIB),” katanya hari ini.

Perbarisan Pemakaian Pangkat Perdana ini buat julung kali diadakan setelah penstrukturan semula KAD yang diluluskan tahun ini.

PTD dan isteri turut menyampaikan sumbangan kepada 15 penerima terdiri daripada anggota, isteri dan anak anggota KAD yang menghidap penyakit kronik seperti sakit jantung, kanser, fungus pada bahagian otak, autoimun dan autisme di Dewan Bankuasi 11 KAD.

Turut hadir Timbalan PTD, Leftenan Jeneral Datuk Tengku Muhammad Fauzi Tengku Ibrahim dan isteri, Datin Haslinda Mohd. Ali, Ketua Staf Tentera Darat (KS TD), Leftenan Jeneral Datuk Zaidan Atan, Panglima Divisyen Ketiga Infantri Malaysia (3 Divisyen), Mejar Jeneral Datuk Indera Zahari Mohd. Ariffin dan isteri, Datin Indera Sharifah Murshida Syed Zain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN