PETALING JAYA – Tidak salah untuk berangan, tetapi perlu tahu keadaan serta hakikat sebenar pekerja yang berada di luar selepas tamat pengajian mereka.
Melalui satu klip video yang tular di laman sosial ketika ini, beberapa graduan yang dipercayai lepasan ijazah sarjana muda dan diploma mengimpikan satu pendapatan yang tinggi setelah berada di alam pekerjaan nanti.
Klip tersebut dipercayai diambil sacara rawak bertanyakan apakah impian gaji atau pendapatan setelah graduan daripada sebuah institusi pengajian awam (IPTA) tempatan amat mengejutkan orang ramai.
Rata-rata graduan mengimpikan gaji bermula RM3,000 sehingga RM6,000 sebulan apabila mula bekerjaya nanti.
Malah ada daripada mereka merupakan seorang graduan diploma meletakkan harga gajinya nanti sebesar RM5,000 sebulan.
“Dengan pengalaman dan kelulusan yang saya ada, saya ingiun gaji RM5,000 sebulan,” katanya.
Orang ramai yang sempat menasihati mereka dengan meninggalkan komen untuk buka mata dan sedar tentang realiti sebenar jika berada di alam pekerjaan nanti.
“Adik, kakak tamat belajar tahun 2000, dah 24 tahun kerja dan kakak baru dapat gaji RM8,000. Adik kena tahu juga realiti alam pekerjaan kini macamana ya,” jelas Rudy_ahmad.
“Orang ada ijazah pun gaji RM1,800, angan-agan awak tinggi sangat ni dik,” kata Jijo90.
“Insya-Allah dapat gaji tu, tapi permulaan kerja jangan harap sangat ye dik,” kata Hafizpurbakala. – KOSMO! ONLINE.