fbpx

Tiga individu disiasat insiden kibar bendera asing di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA individu dipercayai mengibarkan bendera negara asing dalam satu sambutan di Sentosa, Johor Bahru, minggu lalu.

JOHOR BAHRU – Tiga individu dirakam keterangan berhubung insiden mengibarkan bendera negara asing dalam sebuah acara keagamaan di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, penganjur program yang kini berada di Thailand itu juga sudah dihubungi dan dipanggil bagi membantu siasatan.

“Kita membuka kertas siasatan selepas menerima laporan susulan penularan gambar dan video berkenaan insiden itu pada Isnin lalu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Perayaan Deepavali di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini.

Menurut Kumar, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku di sebuah pusat beli-belah di Taman Sentosa pada 20 Oktober lalu.

“Insiden itu berlaku dalam pusat beli-belah bukannya ketika perarakan di jalan raya. Penganjuran acara itu tidak memerlukan permit polis, mereka sudah mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan.

“Anggota polis juga ditugaskan untuk memantau perjalanan acara berkenaan. Bagaimanapun kita masih menyiasat motif segelintir pihak mengibarkan bendera negara asing.

“Selepas siasatan selesai, kita akan merujuk kes kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI