fbpx

Tiada rakyat Malaysia terjejas banjir besar di Sepanyol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bencana banjir besar yang melanda kawasan timur Valencia, Sepanyol.

PUTRAJAYA – Tiada rakyat Malaysia yang terjejas dalam kejadian banjir besar di kawasan timur Valencia, Sepanyol.

Kementerian Luar berkata, pihaknya melalui Kedutaan Besar Malaysia di Madrid sedang memantau situasi itu dan menasihatkan rakyat Malaysia di kawasan berkenaan agar berwaspada.

“Mereka dinasihatkan agar mematuhi panduan terkini yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.

“Mereka yang belum mendaftar atau mengemas kini keberadaan dan maklumat diri digalakkan berbuat demikian di portal https://ekonsular.kln.gov.my,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut kenyataan itu, rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular atau mempunyai pertanyaan boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Madrid.

“Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada kerajaan serta rakyat Sepanyol khususnya mangsa yang terkesan banjir ini.

“Malaysia mendoakan agar mereka yang cedera segera sembuh dan usaha membaik pulih harta benda serta infrastruktur dapat dilaksanakan dengan lancar,” katanya.

Banjir yang melanda Valencia terus memburuk apabila ramai yang terkorban dan hilang selepas hujan lebat melanda wilayah itu sejak Selasa.

Setakat hari ini waktu tempatan, jumlah korban akibat bencana itu meningkat kepada 95 orang. Jambatan dan bangunan dihanyutkan, manakala sebilangan kediaman dan kereta pula ditenggelami air. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI