fbpx

Thinaah nikmati Deepavali selepas tujuh tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
THINAAH berpeluang meraikan sambutan Deepavali bersama keluarga tahun ini selepas tidak menyertai mana-mana kejohanan.

SELEPAS hampir tujuh tahun, pemain beregu wanita utama negara, M. Thinaah akhirnya dapat menikmati suasana perayaan sebenar apabila bakal menyambut Deepavali tahun ini bersama keluarganya.

Pemain berusia 26 tahun itu berkata, kebiasaannya dia dan pasangan, Pearly Tan akan berada di luar negara bagi menyertai kejohanan, namun kali ini tuah menyebelahinya apabila tidak menyertai mana-mana kejohanan.

Jelas Thinaah, dia sentiasa merindukan perayaan bersama ahli keluarganya kerana sudah banyak kali berada di perantauan ketika Deepavali, namun terpaksa melakukan pengorbanan demi tugas negara.

“Apa yang istimewa tahun ini adalah sudah lama saya tidak menyambut Deepavali bersama keluarga, mungkin enam ke tujuh tahun. Jadi, kali ini sangat istimewa dapat meraikannya bersama keluarga di rumah.

“Kebiasaannya, saya akan bangun lebih awal pada hari perayaan dan bersembahyang sama ada di rumah ataupun kuil. Kebanyakannya memang akan menghabiskan masa bersama keluarga sahaja,” katanya.

Dia turut berkongsi pengalamannya menyambut perayaan tersebut ketika berada di perantauan, terutamanya semasa dia dan Pearly muncul juara pada Kejohanan Badminton Terbuka Perancis dua tahun lalu.

“Sudah tentu memang banyak terlepas Deepavali kerana terpaksa menyertai kejohanan. Saya masih ingat ketika pergi ke Terbuka Perancis, memang saya bawa bersama pakaian untuk menyambutnya di sana.

“Sebaik sahaja kami memenangi Terbuka Perancis, ianya menjadi lebih istimewa. Saya dapat merasakan ia sangat berbaloi walaupun terpaksa mengorbankan sambutan perayaan Deepavali,” ujar Thinaah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI