fbpx

‘Ramai tunjuk muka mahu kesenangan, ada yang bermuka-muka’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Najib

PETALING JAYA – “Sukarnya mencari sahabat sejati. Belum tentu yang ada di sisi itu sahabat yang hadir di waktu sukar,” itu antara luahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Berdasarkan luahan yang dimuat naik pada Facebook semalam, Najib yang kini berdepan pendakwaan berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seolah-olah menggambarkan situasi sukar dilaluinya pada masa ini.

“Ramai yang tunjuk muka ketika mahu kesenangan. Ada yang bermuka-muka. Tetapi hidup ini memang penuh pengajaran. Dikala kepahitan hari ini, ada setitik kemanisannya dan penghargaan.

“Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang datang ke mahkamah hari ini (semalam). Bukan sahaja dari pemimpin-pemimpin parti politik, ataupun kenalan. Dilihat begitu ramai daripada kalangan penyokong dan rakyat biasa yang mengenang jasa dan merindui dasar pentadbiran dahulu. Ikhlas.

“Inilah yang benar-benar sahabat sejati. Kerana di masa ini apalah yang ada lagi untuk diberi selain penghargaan dan ucapan terima kasih? Semoga persahabatan di dunia ini kekal, dibawa dan menjadi modal di akhirat,” katanya.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Najib membela diri atas 25 tuduhan penyelewengan berkaitan dana 1MDB.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah yang kini Hakim Mahkamah Rayuan memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir pendakwaan.

Najib menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama.

Seramai 50 saksi memberi keterangan ketika kes pendakwaan yang berlangsung selama 253 hari antara 28 Ogos 2019 hingga 30 Mei lalu.

Antara saksi utama termasuk bekas Gabenor Bank Negara Malaysia Zeti Akhtar Aziz dan bekas peguam 1MDB Loo Ai Swan, yang turut dikenali sebagai Jasmine Loo. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI