fbpx

PSM sudah ada ‘solusi’ masalah padang SNBJ

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Illiyas Jamil (kanan) mengesahkan masalah padang sedang diselesaikan oleh kontraktor tempatan yang dilantik. - Foto ihsan MFL

PERBADANAN Stadium Malaysia (PSM) sudah pun menemui titik permasalahan utama yang sering menghimpit padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) hingga mencetuskan kritikan dikalangan peminat bola sepak tempatan.

Daripada ujian yang dilakukan, Ketua Pegawai Eksekutif PSM, Illiyas Jamil mendapat tanah di venue berkenaan mempunyai kadar asid tinggi dan perkara itu sedang diselesaikan oleh kontraktor tempatan yang dilantik.

“Stadium kita ini kedudukannya di bawah (paras) tanah, jadi kadar matahari susah dapat. Pengudaraan pun tidak ada tetapi kita sudah beli kipas besar untuk pastikan pengudaraan yang baik.

“Baru-baru ini kita sudah buat ujian terhadap tanah dan hasilnya kadar asid agak tinggi, sebab itu ia beri kesan kepada rumput. Kita sudah kenalpasti perkara itu dan kontraktor baharu sedang buat rawatan untuk pastikan pH dapat dineutralkan balik.

“Saya suka kontraktor bahari ini kerana dia lebih saintifik,” katanya.

Selain penyediaan kipas, PSM juga sudah pun mengeluarkan belanja jutaan ringgit bagi membeli penutup rumput baharu bagi memastikan kualiti rumput tidak terjejas sekiranya venue berkenaan digunakan untuk aktiviti selain bola sepak.

Untuk rekod, Stadium Nasional Bukit Jalil sering mendapat kritikan daripada penyokong dan keadaan rumput yang rosak berlaku dikatakan kerana permukaan padang ‘dilanyak’ oleh penganjuran konsert. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI