fbpx

Pemilik restoran diserang persatuan peniaga kerana jual terlalu murah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemilik restoran makanan Padang di Cirebon diserang ahli PRMPC. - Istimewa

JAKARTA – Pemilik sebuah restoran di Cirebon, wilayah Jawa Barat diserang sekumpulan ahli persatuan peniaga kerana menjual makanan pada harga terlalu murah, lapor laman berita Tribunnews semalam.

Berdasarkan sebuah video tular, pemilik restoran makanan Padang itu diserbu beberapa pemilik restoran serupa.

Mereka merupakan penduduk asli Padang, wilayah Sumatera Barat, sedangkan pemilik restoran yang diserang dikatakan bukan berasal dari rantau tersebut.

Ketua Polis Cirebon, Komisioner Besar Sumarni berkata, kumpulan yang menimbulkan kekecohan adalah daripada Persatuan Restoran Padang Cirebon (PRMPC).

Menurutnya, kumpulan tersebut tidak berpuas hati dengan harga makanan yang dijual dan meminta pemilik premis berkenaan menaikkan harga menu.

Restoran itu dikatakan menjual makanan dengan harga 10,000 rupiah (RM2.80) sepinggan.

“Mereka mahu mengetahui lebih lanjut mengapa restoran itu menjual pada harga terlalu murah.

“Polis turut meminta ketua persatuan tersebut untuk tidak melakukan tindakan-tindakan yang menimbulkan keresahan serta berpotensi mengancam pihak tertentu,” kata Sumarni.

Tambahnya, peniaga sepatutnya diberi kebebasan untuk menentukan harga dan pihak lain tidak boleh memaksa restoran lain menaikkan harga.

“Peniaga seharusnya diberi kebebasan untuk menjual pada harga yang mereka mahu tetapkan, apatah lagi jika harga tersebut dapat membantu penduduk yang kurang  berkemampuan,” jelasnya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI