PETALING JAYA – Sudah lali dijadikan bahan cemuhan, bekas isteri pengarah sensasi Syamsul Yusof, Ira Kazar mengakui hanya terkilan apabila kemarahan netizen beralih kepada bapanya, Kazaruddin Saisi.
Ira atau nama lengkapnya Faghirah Fatini Kazaruddin, berkata perasaannya sayu melihat insan kesayangan dilemparkan kata nista yang berpunca daripada dirinya.
“Saya tak kisah orang nak cakap apa fasal saya tapi bila orang kutuk ayah, memang saya sangat terkesan. Sedih tapi alhamdulillah ayah pun sekarang dah okey.
“Hakikatnya, saya dah biasa kena kecam. Saya tak kisah. Sebenarnya kecaman perkara biasa sebab netizen hanya baca apa yang ada dalam media sosial.
“Terpulanglah apa orang nak cakap sebab mereka tak tahu perkara sebenar,” katanya selepas
“Bagi saya, sebenarnya kecaman itu perkara biasa sebab netizen hanya baca apa yang ada di media sosial.
“Terpulanglah apa orang nak cakap sebab mereka tak tahu perkara sebenar,” katanya.
Turut berkongsi berita gembira, Ira bakal melancarkan single berjudul Tak Kisah yang juga simbolik pendiriannya untuk tidak lagi ambil peduli sebarang kontroversi.
“Saya akan keluarkan lagu berjudul Tak Kisah, manakala proses penggambaran muzik video dijangka dapat dijalankan bulan depan.
“Tak Kisah lebih kepada isi hati mengenai cerita sensasi yang ingin saya abaikan atau lebih kurang lantaklah dengan apa orang nak cakap,” ujarnya.
Menurut wanita berusia 29 tahun yang lebih dahulu berjinak-jinak dalam arena lakonan menerusi beberapa drama, nyanyian antara cabang seni yanh diminatinya.
Terdahulu, perkahwinan Ira dengan pengarah sensasi, Syamsul Yusof yang dibina di Thailand pada 6 Januari 2023 tidak mampu bertahan apabila mereka sah bercerai l talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, pada 5 September lalu.
Nama wanita terbabit menjadi bualan hangat apabila didakwa menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Syamsul dan pelakon, Puteri Sarah Liyana sehingga mereka bercerai. – KOSMO ONLINE