fbpx

Kartel baja: Kontrak RM60 juta dibuat dalam 6 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua individu termasuk pengerusi syarikat yang ditawarkan projek pembelian baja padi ditahan reman selama lima hari bermula hari ini.

PETALING JAYA -Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman dua lagi individu termasuk pengerusi syarikat yang ditawarkan projek pembelian baja padi oleh sebuah pertubuhan pertanian.

Pendaftar Mahkamah Majistret Putrajaya, Tuan Syahrul Sazly Md. Sain mengeluarkan perintah reman selama lima hari terhadap lelaki asing itu dan seorang lagi individu bermula hari ini sehingga Isnin depan.

Menurut sumber, dua lelaki berusia dalam lingkungan 40 hingga 50-an ditahan ketika memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini petang semalam.

Kata sumber, siasatan awal mendapati pengurus bahagian promosi dan pemasaran pertubuhan itu menerima sebut harga daripada wakil syarikat untuk mendapatkan kelulusan daripada pengerusi pertubuhan.

Pengerusi pertubuhan kemudian memberi kelulusan untuk melantik syarikat asing itu tanpa perbandingan harga atau melalui lembaga pengarah.

”Kontrak pembekalan baja bernilai RM60 juta dibuat secara runding terus dibuat dalam masa 6 hari pada Jun 2022 sedangkan syarikat asing itu tidak pernah mendapat apa-apa kerja daripada pertubuhan tersebut sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a)(a) Akta SPRM 2009

Setakat hari ini, seramai tiga individu ditahan termasuk seorang eksekutif pemasaran syarikat yang direman sehingga Ahad ini. Ini merupakan sebahagian daripada projek kerajaan bernilai RM1.8 bilion untuk perolehan baja pertanian negara.

Semalam, Kosmo! melaporkan SPRM menahan seorang eksekutif pemasaran sebuah syarikat yang ditawarkan projek pembelian baja padi oleh sebuah pertubuhan.

Siasatan awal mendapati syarikat tersebut tidak aktif sejak lapan tahun lepas, walau bagaimanapun syarikat induknya merupakan syarikat berpangkalan di Singapura.

Syarikat itu juga dipercayai menerima kontrak pembekalan baja berjumlah 15,000 tan atau RM60 juta pada 2022.

Pemberian kontrak sangat meragukan, dipercayai dibuat atas arahan pihak tertinggi pertubuhan tanpa kelulusan lembaga pengarah dan diberikan secara runding terus dengan alasan pembelian darurat. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI