fbpx

‘Kakak, jangan tinggalkan adik’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang kanak-kanak tidak dapat menahan sedih apabila melihat kakaknya maut dalam nahas di Jalan Seremban-Tampin dekat pekan Chengkau, Rembau malam semalam.

REMBAU – Seorang kanak-kanak lelaki tidak dapat menahan rasa sayu apabila kakaknya maut dalam kemalangan di Kilometer 32.1, Jalan Seremban-Tampin dekat Pekan Chengkau di sini, semalam.

Dalam kejadian pada pukul 8.10 malam itu, kanak-kanak tersebut berulang-kali menyebut ‘Kakak, jangan tinggalkan adik’ di lokasi nahas.

Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Shaik Abd Kadar Shaik Mohamed, mangsa, Khaiira Mohd Zamri, 17, dari Taman Seremban Jaya disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan di lokasi kejadian.

“Kemalangan membabitkan motosikal jenis Yamaha 135 LC yang ditunggang mangsa dan kereta Proton Persona yang dipandu lelaki berusia 27 tahun.

“Mangsa yang merupakan pembantu pasar raya dalam perjalanan dari rumahnya ke Tampin. Setibanya di di lokasi, remaja itu melanggar sisi kanan kereta yang membuat pusingan U di hadapan secara tiba-tiba,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI