fbpx

Hujan lebat hampir di seluruh negara petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA -Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di hampir seluruh negara pada petang ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang yang dijangka berlaku sehingga pukul 7 malam nanti.

“Amaran ribut petir dikeluarkan bagi seluruh negeri Perlis, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Melaka.

“Selain itu, cuaca buruk juga dijangka berlaku di beberapa daerah di Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah,” katanya di sini tadi.

Bagi negeri Kedah, amaran tersebut dikenakan di Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Sik dan Baling.

“Sementara itu, di Perak amaran ribut dikeluarkan bagi daerah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim,” katanya.

Selain itu, cuaca buruk juga diramal berlaku di Tumpat, Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan.

“Hujan lebat dan ribut petir juga boleh berlaku di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera dan Pekan di Pahang petang ini.

“Bagi negeri Selangor, amaran tersebut dikenakan di Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat,” ujarnya.

Sementara itu, amaran sama dikeluarkan bagi Negeri Sembilan melibatkan daerah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin.

“Bagi negeri Johor amaran diberikan di daerah Segamat, Mersing dan Kota Tinggi.

“Amaran ribut petir juga dikeluarkan di Sarawak: Sri Aman, Kapit (Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau), Miri (Telang Usan) dan Limbang sementara di Sabah, cuaca buruk dijangka berlaku di Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort dan Nabawan), Tawau dan Sandakan (Tongod),” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI