fbpx

Eksklusif: ‘Saya ingat sudah lepas, rupanya polis lagi cekap’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bekas pengikut IS atau Daesh dikenali sebagai Akmal ketika temu bual eksklusif bersama wartawan Kosmo! baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Bekas pengikut IS atau Daesh mengakui risikan polis Malaysia terlalu bagus hingga dapat menangkapnya sebelum dia sempat terbang ke Syria pada penghujung 2015.

Akmal, 38, berkata, mengikut perancangan dia sepatutnya menaiki penerbangan transit di Korea seterusnya Turkiye dan Syria.

“Saya menggunakan wang simpanan untuk membeli tiket kapal terbang yang ketika itu berharga bawah RM4,000 dan ditambah dengan duit pemberian rakan-rakan. Ketika itu semuanya dipermudahkan.

“Namun, belum sempat saya terbang, saya telah diberkas Bahagian Anti-Keganasan Cawa­ngan Khas Bukit Aman sewaktu berusia 28 tahun.

“Sewaktu ditahan, saya mempunyai akses dan maklumat IS memandang­kan saya me­rupakan antara ‘orang kepercayaan’ dan mempunyai hubungan erat dengan pemimpin IS di luar negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI