fbpx

Eksklusif: ‘Jihad punya pasal video lapan jam pun saya layan sampai habis’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki mendedahkan dia sanggup menghabiskan masa selama lapan jam semata-mata menonton video mengenai jihad kerana semangatnya yang berkobar-kobar untuk berjuang.

Akmal, 38, berkata, dia nekad menyertai IS atau Daesh ketika berusia 21 tahun selepas mengikuti satu gerakan di Eropah dikenali Wake Up Project.

“Video itu menyedarkan orang tentang peperangan akhir zaman. Propaganda tercetus pada tahun 2008, jadi saya belajar selok-belok mengenai pepera­ngan melalui video.

“Darah muda berkobar-kobar perasaan untuk berjihad. Video berdurasi lapan jam pun saya ‘layan’ sampai habis sebab nak tahu bagaimana orang Islam di Eropah berjihad.

“Ketika itu gerakan jihad di negara kita kurang, jadi saya terpaksa berguru dengan individu tertentu untuk mendalami ilmu tersebut.

“Turning point saya untuk berjihad bermula pada tahun 2011 selepas terbaca di sebuah akhbar mengenai kisah seorang artis dari Malaysia berjaya meloloskan diri ke Syria,” katanya dalam temu bual eksklusif bersama Kosmo! di sini baru-baru ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI