PETALING JAYA – Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca panas tahap satu (berjaga-jaga) di dua kawasan di Semenanjung dan satu kawasan di Sarawak.
MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, kawasan terlibat adalah di Kemaman, Terengganu dan Maran, Pahang.
“Sementara itu, amaran cuaca panas tahap satu juga dikeluarkan bagi daerah Limbang di Sarawak.
“Tahap berjaga-Jaga dikeluarkan apabila suhu maksimum harian mencatatkan 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,” katanya di sini hari ini.
Dalam pada itu, MetMalaysia turut memaklumkan amaran ribut petir dikeluarkan bagi beberapa daerah di Johor dan Sarawak hingga 2 petang ini.
“Di negeri Johor amaran melibatkan daerah Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
“Sementara itu, di Sarawak amaran dikenakan bagi daerah Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah (Tanjung Manis dan Daro) dan Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi),” katanya. – KOSMO! ONLINE