fbpx

Ambil semangat Deepavali, baiki kelemahan dan kekurangan – PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika menyampaikan ucapan semasa perasmian Majlis Rumah Terbuka Deepavali Madani 2024 di Sentul Depot. - Foto SADDAM YUSOFF / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri menggesa seluruh masyarakat mengambil semangat Deepavali untuk membaiki semua kelemahan dan kekurangan yang ada ketika ini.

Ini kerana kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, Deepavali adalah satu pesta cahaya yang boleh menggantikan kegelapan kepada cahaya yang lebih bergemerlapan.

Dengan semangat Deepavali itu katanya, seluruh masyarakat boleh membawa Malaysia ke arah yang lebih baik dan adil pada masa akan datang.

“Mudah-mudahan semangat Deepavali ini memberi ruang untuk masyarakat beragama hindu serta seluruh masyarakat untuk membawa Malaysia ke arah cahaya yang lebih bergemerlapan.

“Kita tahu semangat Deepavali ini adalah ‘festival of light’ iaitu menyemarakkan lampu (cahaya) menggantikan kegelapan. Ada sejarahnya rakyat malaysia perlu tahu.

“Sambutan ini tujuan dia untuk menyatakan bahawa hidup ini lebih daripada sekadar makan, minum dan kesejahteraan bersama, tetapi untuk meneruskan perjuangan ke arah kebaikan, keadilan dan masa depan yang lebih baik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Deepavali Madani 2024 di sini hari ini.

Pada masa sama, Anwar turut menyeru rakyat memberi pandangan dan teguran ke atas setiap kelemahan dan kekurangan yang ada pada pentadbiran Kerajaan Madani.

“Kalau ada apa-apa kelemahan dan kekurangan, di sini ada menteri-menteri tolong beritahu mereka dan kita akan perbaiki .

“Ini kerana semangat kita dari yang gelap tuju kepada yang cerah, daripada kegelapan menuju cahaya, semangat Deepavali,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI