fbpx

Uyaina Arshad, suami sambung belajar di Universiti Oxford

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Uyaina akan mengikuti kursus Leadership & Entrepreneurship Acceleration Program selama satu minggu.

PETALING JAYA – Usia bukan penghalang, pengacara Uyaina Arshad bakal terbang ke London bersama suaminya, Raja Syahiran untuk mengambil kursus pendek di Universiti Oxford pada Disember hadapan.

Teruja berkongsi, Uyaina atau nama lengkapnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad, 31, berkata, akan mengikuti kursus Leadership & Entrepreneurship Acceleration Program selama satu minggu.

“Ya, saya akan mengikuti kursus Leadership & Entrepreneurship Acceleration Program di Universiti Oxford Disember nanti.

“Manalah tahu, selepas habis pengajian saya dapat buat master pula di sini, doakan ya.

“Memang niat saya untuk menjalankan perniagaan pada tahun hadapan selepas menyertai kursus ini,” katanya kepada Kosmo! Online ketika dihubungi.

Tambahnya lagi, selain Raja Shahiran, dia juga akan membawa bersama dua orang anak lelakinya iaitu Raja Urhan dan Raja Urayyan.

“Kalau termasuk tiket penerbangan, kelas dan makan lebih kurang RM90,000 juga saya berhabis.

“Sebenarnya, Shahiran juga akan belajar bersama nanti.

“Kami akan menghadiri kelas selama satu minggu dan dua minggu lagi kami akan bercuti sekeluarga di sana,” ujarnya.

Uyaina merupakan alumni graduan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya (UM) namun tidak meneruskan untuk menjadi peguam kerana menyertai program Pencarian Nona Manis sewaktu tahun akhir pengajian. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI