fbpx

Trafik mula sesak di utara dan selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan trafik yang mula sesak di UPM dan Nilai ketika ini.

PETALING JAYA – Aliran trafik di lebuh raya utama dari ibu kota ke bahagian Timur dilihat masih lancar manakala di Utara dan Selatan trafik mula bertambah di beberapa kawasan.

Antara laluan tersebut ialah Kuala Lumpur-Karak termasuk jalan di Plaza Tol Gombak, Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) dan Lebuh Raya Utara-Selatan (arah selatan).

Berdasarkan gambar televisyen litar tertutup (CCTV) yang dikongsi di laman sesawang Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), di Plaza Tol Gombak arah ibu kota masih lagi lancar.

Di Plaza Tol Bentong arah Kuala Lumpur juga trafik kelihatan lancar dan tidak menunjukkan sebarang kesesakan lalu lintas.

Berbeza di arah utara yang mana kenderaan kelihatan bertambah tetapi masih terkawal manakala di arah selatan trafik juga bertambah dan sesak di Nilai, UPM, dan Sungai Besi.

Semalam, kerajaan bersetuju memberikan tol percuma pada 29 dan 30 Oktober bagi membolehkan pengguna lebuh raya berbilang kaum terutamanya masyarakat India beragama Hindu untuk menyambut perayaan Hari Deepavali 2024.

Tol percuma itu akan dilaksanakan di kesemua lebuh raya bermula pada pukul 12.01 tengah malam tadi dan akan berakhir pada pukul 11.59 malam ini – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI