fbpx

TMB100 edisi kedua rekod peningkatan penyertaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENGANJURAN TMB100 tahun menyaksikan peningkatan penyertaan sehingga 1,000 peserta dengan empat kategori dipertandingkan.

BALING – The Magnificent Baling 100 (TMB100) 2024 yang telah melabuhkan tirai selepas dua hari saingan bermula 25 Oktober lalu, sekali lagi memposisikan Baling sebagai destinasi eko pelancongan unggul di Malaysia.

Acara ini bukan sahaja menarik peminat larian denai (trail running) tempatan, tetapi turut mendapat sambutan antarabangsa dengan kehadiran peserta dari Indonesia, Singapura, Argentina, Jerman, Filipina, Rusia, Sepanyol dan Vietnam.

TMB100 yang dianjurkan setiap tahun di Baling telah menyaksikan lebih 800 peserta pada edisi pertama dan untuk edisi kedua tahun ini, jumlah tersebut meningkat kepada lebih 1,000 peserta dari seluruh negara dan luar negara.

Acara ini menawarkan empat kategori larian iaitu 100km, 50km, 25km dan 10km yang memberi peluang kepada pelari dari pelbagai tahap untuk menikmati keindahan semula jadi kawasan ini.

“Laluan 100km TMB100 tidak begitu teknikal, namun persiapan fizikal dan peralatan perlu rapi sebelum perlumbaan. Sentiasa berwaspada dan peka dengan lokasi kawasan rehat ‘checkpoint’ yang disediakan oleh penganjur bagi merancang pengambilan nutrisi dengan sebaiknya.

“Laluan yang ditanda rapi serta kehadiran marshal di sepanjang laluan turut membantu melancarkan larian,” kata Muhammad Asyraf Ghazali, pemenang kategori lelaki terbuka 100km.

Laluan TMB100 membawa peserta merentasi pelbagai jenis landskap menakjubkan di kaki Gunung Pulai dan Gunung Baling. Para pelari melintasi sawah padi, dusun buah-buahan, Gua Tembus dan sungai Lubuk Pedati, menawarkan pengalaman unik yang sukar didapati di tempat lain.

“Cuaca sangat baik, dengan gerimis di awal permulaan yang menjadikan larian lebih mudah kerana suhu yang agak dingin. Ketika matahari terbit, kawasan diliputi kabus, menonjolkan pemandangan Gunung Baling yang sangat indah. Secara keseluruhan, pengalaman berada di Baling adalah sesuatu yang sangat menarik.” – Evgenii Makarov, pelari antarabangsa kategori 100km dari Rusia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI