fbpx

Rancang bakar pasport bila sampai Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan konvoi bersenjata Daesh di Syria pada 2014 yang menjadi lokasi Akmal mahu pergi berjuang. – AGENSI

KUALA LUMPUR – Bekas tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akmal (bukan nama sebenar) mengakui dia merancang membakar pasport nya sebaik sahaja tiba di Syria.

Menurut lelaki berusia 38 tahun itu, tindakan tersebut bertujuan ‘melupuskan’ identitinya bagi mengelak diketahui ramai dan memburukkan nama Malaysia di mata dunia.

“Dalam fikiran, saya nak bakar pasport, selepas itu hilang…saya akan padam segala jejak seperti akaun Facebook, Twitter (kini dikenali X) dan gambar-gambar saya di media sosial.

“Saya pergi bukan hendak cari publisiti, saya nak buat kerja saya. Kalau Allah terima…terima, kalau tak terima saya reda. Apa hendak jadi (bakal berlaku) kalau mati itu takdir, tangkap atau mati itu takdir,” katanya.

Akmal juga pernah berbincang dengan keluarganya sebelum bertolak untuk berperang ke Syria sebelum itu.

“Sekiranya apa-apa berlaku ke atas diri saya termasuk mati, ibu dan bapa saya masih mempunyai empat lagi anak lelaki.

“Tidak semua orang hendak mati. Saya tidak menghasut orang. Orang yang hendak pergi ke sana perlu berani habis-habisan. Persediaan mental itu penting,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI