fbpx

Prestasi skuad bola jaring negara memuaskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Skuad bola jaring negara terpaksa berpuas hati selepas menduduki tangga ketiga pada Kejohanan Asia baru-baru ini.

JURULATIH skuad bola jaring kebangsaan, Choo Kon Lee menekankan keperluan untuk pemain Malaysia tampil lebih agresif di gelanggang dan tidak bergantung kepada keputusan pengadil bagi meraih kemenangan dalam kejohanan akan datang.

Sebagai rekod, hasrat skuad bola jaring negara untuk ke final Kejohanan Bola Jaring Asia 2024 tidak kesampaian selepas tewas 46-54 kepada musuh tradisi, Singapura di Bangalore, India baru-baru ini.

Namun, Malaysia masih boleh berbangga dengan usaha anak buahnya yang berjaya menyumbangkan pingat gangsa selepas menundukkan Hong Kong 67-48 dalam perlawanan penentuan tempat ketiga.

“Perlawanan separuh akhir menentang Singapura sangat sengit, dan saya amat bangga dengan setiap pemain yang berjuang habis-habisan.

“Namun, saya harap pemain akan lebih agresif di masa akan datang dan tidak hanya berharap pengadil akan menyebelahi mereka. Meski kalah, mereka puas hati dengan prestasi yang dipamerkan,” katanya kepada Kosmo!.

Kon Lee turut mengingatkan pasukan untuk berusaha lebih keras menjelang Sukan SEA Bangkok 2025, dengan sasaran utama untuk merampas kembali gelaran juara yang pernah dikecapi pada Sukan SEA 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI