fbpx

Pengikut GISBH didakwa dagang 10 kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asmat @ Asmanira (kiri) dan seorang wanita juga pengikut GISBH ketika tiba di Mahkamah Klang, hari ini.

KLANG – Seorang wanita yang merupakan pengikut GISB Holding Sdn. Bh. (GISBH) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan memperdagangkan 10 kanak-kanak pada 11 September lalu.

Tertuduh, Asmat@Asmanira Muhamad Ramly, 44, membuat pengakuan tersebut selepas 10 pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulqarnain Hassan.

Asmat@Asmanira didakwa keseluruhan 10 pertuduhan melibatkan memperdagangkan 10 orang kanak-kanak berusia lapan tahun bagi maksud eksploitasi aktiviti menyalahi undang-undang di Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari di Kampung Melayu Subang, Shah Alam pada 11 September 2024.

Timbalan Pendakwa Raya Anisah Pisol tidak menawarkan sebarang jaminan atas faktor kesalahan dan tahanan masih di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).

Anisah turut memohon kesemua kes tersebut dibicarakan bersama dengan kes lain di Mahkamah Selayang susulan melibatkan individu, tempat dan masa yang sama, manakala Hakim Zulqarnain Hassan kemudian membenarkan permohonan berkenaan.

Dalam pada itu, seorang lagi wanita berusia 54 tahun yang juga pengikut GISBH turut membuat pengakuan tidak bersalah di hadapan Majistret Amirul Asyraf Abd. Rashid atas pertuduhan mengambil bahagian dalam pengurusan pusat jagaan tidak berdaftar di Bandar Bukit Raja, di sini pada 11 September lalu.

Kedua-dua mahkamah tidak membenarkan dua tertuduh itu diikat jamin dan menetapkan 13 Disember depan sebagai sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI