fbpx

Penduduk diminta bayar kos pembaikan 32 lubang jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Whitebarns Lane kini mempunyai 32 lubang yang membahayakan penduduk. - SWNS

LONDON – Penduduk sebuah kampung di  Hertfordshire, Britain kecewa apabila diberitahu oleh pihak berkuasa tempatan bahawa mereka perlu membiayai kos penurapan jalan berlubang berjumlah £100,000 (RM571,000) sekiranya mahu ia dibaiki, lapor akhbar Metro UK semalam.

Penduduk Furneux Pelham berkata, sudah 60 tahun masalah jalan berlubang itu cuba diselesaikan, namun masih tiada tindakan diambil sehingga kini.

Whitebarns Lane, yang menghubungkan jalan utama kampung ke pekan, sentiasa menjadi laluan pejalan kaki awam serta kenderaan.

Disebabkan ia tidak ditakrifkan sebagai jalan utama untuk kenderaan, ini bermaksud ia tidak boleh dibaiki menggunakan dana awam.

Dengan keadaan laluan yang kini mempunyai 32 lubang, pihak majlis perbandaran memberitahu bahawa pihaknya akan membaikinya, namun dengan sejumlah kos tinggi yang perlu dibiayai penduduk.

Penduduk bagaimanapun enggan mengeluarkan wang untuk membaiki sesuatu yang mereka percaya perlu dilakukan oleh pihak berkuasa.

“Orang ramai cedera. Kami diberitahu bahawa ada penduduk terjatuh dan mengalami luka pada muka dan cermin mata pecah. 

“Seorang nenek terjatuh dan mukanya terhantuk ke tanah ketika dia berjalan bersama cucunya.

“Ia amat mengecewakan kerana majlis perbandaran enggan membaikinya,” kata seorang penduduk, Sarah Wright, 59.

Seorang lagi penduduk, Douglas Debnam, 79, berkata: “Majlis perbandaran perlu membaiki jalan ini. Mereka tidak boleh menganggapnya laluan pejalan kaki sedangkan penduduk perlu memberi laluan kepada kereta dan traktor yang turut melaluinya.” – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI