fbpx

Pelantikan Naim Qassem sebagai ketua Hezbollah kuatkan paksi penentangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Naim Qassem - AFP

BEIRUT – Presiden Iran, Masoud Pezeshkian berkata semalam bahawa pelantikan Naim Qassem bagi menggantikan Hassan Nasrallah sebagai ketua Hezbollah akan menguatkan paksi penentangan.

Menurut Pezeshkian, pelantikan Naim akan menguatkan dorongan penentangan sambil mengharapkan penghentian pencerobohan Rejim Zionis.

“Ia diharap dapat mewujudkan keamanan, kedamaian dan keselamatan di Gaza, Lebanon dan seluruh rantau ini,” demikian menurut laman webnya.

Pergerakan Hezbollah sebelum itu mengumumkan memilih timbalan ketua, Naim untuk menggantikan Hassan selepas kematiannya dalam serangan Israel di selatan Beirut bulan lepas.

“Majlis Syura (pemerintah) Hezbollah bersetuju untuk memilih Sheikh Naim Qassem sebagai Setiausaha Agung Hezbollah,” kata kumpulan yang disokong Iran itu dalam satu kenyataan, lebih sebulan selepas pembunuhan Hassan.

Israel bagaimanapun dengan pantas membalas menerusi catatan di platform X, dengan Menteri Pertahanan, Yoav Gallant berkata, pelantikan Naim ‘tidak lama’.

Dalam siaran media sosial berasingan dalam bahasa Ibrani, Gallant menulis bahawa ‘kiraan detik telah bermula’.

Naim telah lama beroperasi di samping Hassan. Beliau merupakan seorang pemimpin yang dihormati serta merupakan salah seorang tokoh paling misteri dan berpengaruh di  Asia Barat.

Ketua majlis eksekutif Hezbollah, Hashem Safieddine pada mulanya dikhabarkan akan menggantikan Hassan.

Namun, beliau turut terbunuh dalam serangan udara Israel di pinggir selatan Beirut sejurus selepas kematian Hassan. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI