fbpx

“Pelanggan nak beli kata tiada, bila periksa ada pula”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Nizam (dua dari kanan) melakukan tinjauan harga sempena pelaksanaan SHMMP Deepavali 2024 di sebuah pasar raya di Sungai Petani, hari ini.

SUNGAI PETANI – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah menerima sebanyak 105 aduan berkaitan minyak masak peket membabitkan pelbagai kesalahan sejak Januari hingga bulan ini.

Pengarahnya, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 14 kes telah diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Katanya, terdapat lapan kesalahan berkaitan Akta Kawalan Bekalan 1961 yang direkodkan setakat ini termasuklah enggan menjual barang kawalan iaitu apabila pelanggan ingin membeli, tetapi semasa pemeriksaan minyak masak ada.

“Kesalahan lain yang direkodkan adalah melibatkan kesalahan pengilang, pemborong atau peruncit tidak mematuhi arahan pengawal dan sebagainya,” katanya pada sidang akhbar selepas meninjau pematuhan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali tahun 2024 di sebuah pasar raya, di sini hari ini.

Tambahnya, enam kesalahan lain yang direkodkan adalah di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 membabitkan kesalahan gagal meletakkan label, tag atau tanda harga. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI