fbpx

Paip kumbahan pecah, sembur air najis setinggi 10 tingkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AIR najis 'tersembur' setinggi bangunan 10 tingkat di pinggir Moscow. - Foto Telegram /ostorozhno_moskva/The Insider

MOSCOW – Sebatang paip pecah menghamburkan air sisa kumbahan setinggi bangunan 10 tingkat di pinggir bandar Moscow, lapor portal berita MailOnline semalam.  

Rakaman video menunjukkan ‘air pancut’ berwarna keruh keluar dari paip yang terletak bersebelahan dengan sebuah tapak pembinaan di daerah Novaya Moskva.

Ia kemudian menghujani beberapa buah kereta dan bangunan berhampiran. 

Seorang pengulas pro-Ukraine dan bekas penasihat Kementerian Dalam Negeri Ukraine, Anton Gerashchenko berkongsi video itu di media sosial dan secara berseloroh menggelar kejadian tersebut sebagai pertunjukan menjijikkan.

Bagaimanapun beberapa saluran di platform Telegram yang berpangkalan di Moscow berkata, kejadian itu berkemungkinan berpunca daripada air bertekanan tinggi. 

Menurut laporan saluran Watch Out, Moscow berkata: “Gazprom (syarikat tenaga Russia) memberitahu kami bahawa ia adalah cara udara dibersihkan untuk bahagian baharu saluran paip gas. Keadaannya normal dan dipantau oleh pakar.”

Kru-kru pembersihan dilaporkan berada di lokasi kejadian untuk membersihkan air najis itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI