fbpx

Kes Pantai Ensen penuh lumpur masih misteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebelum ini, media melaporkan keadaan Pantai Esen yang dipenuhi lumpur dan berbau dengan air pantainya berwarna kehitaman.

GEORGE TOWN – Penang Infrastructure Corporation Sdn. Bhd. (PIC) sedang bekerjasama dengan pakar alam sekitar bagi menjalankan penyelidikan menyeluruh untuk mengenal pasti punca utama kejadian fenomena bahan seakan lumpur di Pantai Esen, di Permatang Damar Laut, di sini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (PICSB) Datuk Seri Farizan Darus, penemuan pakar alam sekitar itu akan memaklumkan penyelesaian jangka panjang untuk mengurangkan dan menguruskan kemungkinan berulangnya fenomena berkenaan di Pantai Esen.

“Pemantauan di kawasan tersebut akan menyumbang kepada penemuan yang disediakan kepada profesional dilantik untuk membantu menyelesaikan isu ini. PIC melalui pemaju projek Silicon Island Development Sdn Bhd juga telah menggerakkan pasukan untuk membuat pembersihan permukaan Pantai Esen,” katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, media melaporkan keadaan Pantai Esen yang dipenuhi lumpur dan berbau dengan air pantainya berwarna kehitaman.

Penduduk di kawasan tersebut mendakwa, keadaan selut tebal berwarna hitam itu dipercayai berpunca daripada kerja tambakan untuk Projek Pulau Silikon yang dijalankan di kawasan tersebut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI