fbpx

Helmi Azman pacu ‘No.55’ di Sepang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HELMI Azman yang bersaing bersama pasukan Petronas MIE Racing RW pada perlumbaan Moto2 Kejuaraan Motosikal Dunia Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Petronas Sepang tahun lalu. GAMBAR: FARIZ RUSADIO

KUALA LUMPUR – Pelumba berbakat negara, Helmi Azman mengesahkan bahawa dia akan mengggunakan nombor azimat ’55’ milik bekas pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah selepas terpilih untuk beraksi atas tiket ‘wildcard’ Moto2 menjelang Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada hujung minggu ini.

Helmi yang beraksi dalam Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) kelas SuperSports 600cc tahun ini mengakui teruja dan bangga kerana menggunakan nombor yang sudah sinonim dengan pelumba berpengalaman negara, Hafizh sekali gus tekad memberikan terbaik di Sepang nanti.

“Kalau sebut No. 55 ini semua tahu Hafizh Syahrin menggunakannya dalam perlumbaan MotoGP dan kali ini saya akan menggunakannya pada perlumbaan di Sepang nanti. Kita semua tahu Hafizh antara pelumba terbaik dalam kelas Moto2.

“Saya telah menggunakan No. 55 sejak tahun 2013, dan kali terakhir pada 2017 dalam kategori Underbone 150 (UB150) sebelum beralih ke No. 32. Kini, saya diberi peluang untuk menggunakannya semula di Sepang dan ini pastinya menjadi satu motivasi besar buat saya untuk memberikan yang terbaik,” kata Helmi kepada Kosmo!.

HELMI yang terpilih bersaing dalam wildcard Moto2 menjelang GP Malaysia di Sepang minggu ini.

Menjelang perlumbaan GP Malaysia, Helmi yang akan bergandingan dengan bekas pelumba MotoGP, Khairul Idham Pawi dalam pasukan Petronas MIE Honda Racing berjanji tidak akan mensia-siakan peluang yang diberikan kepadanya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Petronas kerana memberikan peluang ini. Esok saya akan bersama pasukan untuk meneliti jentera yang akan kami digunakan. Buat masa ini saya belum tahu mengenai pakej apa yang kami akan gunakan,” tambahnya.

Tahun lalu, Helmi yang beraksi bersama pasukan PETRONAS MIE Racing RW dalam kelas Moto2, menamatkan perlumbaan di tempat ke-23 daripada 31 pelumba.

Pengalaman berharga itu memberikan Helmi pandangan jelas tentang keupayaan motosikal dan apa yang perlu diperbaiki sebaik menyarung sut dalam perlumbaan Moto2. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI