fbpx

EFL: Maresca lega tiada tekanan pemilik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARESCA mengakui lebih lega apabila pemilik kelab tidak meletakkan sasaran sekali gus mampu memberikan fokus untuknya menguatkan pasukan. - AFP

LONDON – Pendekatan pemilik Chelsea yang kekal realistik memberikan kelegaan buat pengendali pasukan, Enzo Maresca bagi membina skuad lebih baik.

Selepas berjaya merubah pasukan musim ini dan berada dalam kelompok lima terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL), The Blues bakal berdepan satu lagi ujian apabila akan menentang Newcastle United di pusingan keempat Piala Liga Inggeris awal pagi esok.

“Kami bermain hanya untuk menang dan akan harungi satu demi satu perlawanan. Kelab juga tidak pernah mengatakan mahu berada dalam kelompok empat terbaik. Sebaliknya, kelab hanya mahu saya membina sesuatu yang lebih penting,” katanya.

Dalam sembilan aksi liga, Chelsea hanya tewas dua kali iaitu kepada dua gergasi EPL, Manchester City dan Liverpool.

Justeru, Maresca nyata gembira dengan kualiti dipamerkan anak buahnya namun kekal bersemangat untuk membina skuad lebih ampuh bagi mendapatkan lebih banyak keputusan positif.

“Saya sentiasa peka tentang perkara itu kerana kami sebenarnya mampu menyerang dan bertahan dengan lebih baik. Kami baharu saja memulakan kempen tiga bulan lalu, jadi saya gembira dengan kedudukan pasukan sekarang,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI